27 May 2014

TIPS MEMBINA IKATAN PERKAHWINAN


ecececehh. tajuk tu gaya macam orang handal2 je kan. ahahah
okay ni saya sendiri punya cara. saja nak share. boleh je kan? eh blog aku, suka aku lah.

ni bukan tips nak bahagia ke apa. ni lebih pada kewangan la kot. ingat, duit bukan segalanya tapi ramai yg cerai berai tu pasal duit tau tak? so ajak pasangan tu bincang, kalau nak bincang sikit pun tak boleh, angkat kaki jelah. belum kawin pun kan. cari yg senang nak tolak ansur, senang bawak bincang.

first of all, saya and pasangan dah sepakat nak buat yg simple2 aje. SIMPLE. tapi meriah. okay lah kan? some of my friends memang jenis yg TAK BOLEH SIMPLE! kawin seumur hidup sekali je. apa kes nak buat simple simple? okay tu terpulang lah. tapi yg penting berkat. ye dop?

then kitorang plan berapa anggaran kos. ni WAJIB buat. so list kan barang2, usha harga, and list kan semuaaaa benda termasuk kos yg kecik tapi menggagau kalau terlepas pandang. contohnya, kos untuk makan makan nak bagi orang yg datang seminggu or dua tiga hari sebelum majlis. okay ni kalau jenis mak bapak byk duit no hal. saya memang TEKAD nak pakai duit sendiri untuk semua belanja. saya yg nak kawin kan? so kos tu dititik beratkan. layan tetamu elok2, depa datang bawak rezeki.

jangan lupa list benda yg kena buat sebelum majlis macam kursus kawin, ujian kesihatan and macam2 lagi. tolong jangan serabutkan diri sendiri. plan awal2 so korang boleh plan sambil goyang kaki goyang kepala and sempat jugak nak berangan ala ala mat jenin. kalau dah kelam kabut? tak sempat dik non nak berangan. silap2 banyak benda terlepas pandang.

yang PALING PENTING. kitorang jugak plan isi rumah yg bakal kitorang tinggal laki bini. kehidupan lepas majlis tu yg penting sebenarnya. so kitorang dah siap agih agih sape nak beli peti ais, tv, mesin basuh bagai. selalunya orang lepas kawin ni sanggup bertahan dua tiga bulan takde benda ni semua kan? lagi baik plan dari sekarang. sebulan 100 hinggit pun cukup insyaAllah. so tahan sikit nafsu nak shopping sakan. plan awal2 semua benda ni. bukan lagi 3 bulan nak kawin baru terhegeh hegeh nak plan. kalau takde calon lgi bagus. sempat sangat nak menyimpan. 

apa pun, kita merancang, Allah yg tentukan segala. doa jangan putus. selamat berbahagia :)


 
MISKIN KERANA RIBA


hello assalamualaikummm.lama dah menyepi sejak bekerjaya ni.hiks!

siapa pernah baca anything pasal pengurusan kewangan peribadi angkat tangan.okay tak angkat pun takpe sebab saya tak nampak and tak tahu pun kennn.

actually semalam ada sharing session dengan seseorang yg saya rasa layak untuk jadi salah seorang guider saya untuk success.haaa ayat dah mula berterabur. sila abaikan.

berbalik pada guider saya tu, sebelum ni dia bergaji agak tinggi, hidup mewah. tapi macam biasa, dia jadi pekerja kepada bank. eh dia bukan kerja bank tau. it means setiap bulan, dia kena keluarkan hampir semua gaji untuk bayar loan. sebutlah apa jenis loan. sebutlah apa jenis bank. semua dia ada. but then dia rasa dia dah give up dengan gaya hidup macam tu. and dia decide nak berubah.  apa yg dia nak buat untuk ubah hidup dia?

satu benda yg dia pegang sampai sekarang. elakkan riba dalam hidup. okay. semua benda yg kita pinjam ada interest. betul tak? pinjaman pelajaran (especially ptptn), loan kereta, loan rumah (okay yg ni memanggg tak boleh nak elak). semua ada interest. kad kredit? lagi lahh. so cara yg dia buat, dia TEKAD langsaikan semua hutang yg dia ada. bajet bajet dalam 3 taun lebih boleh setel. amazingly, setaun lebih SEMUA hutang tu boleh setel! alhamdulillah, Allah tolong. kuasa Allah kan?

let us think the reason kenapa Allah tak bagi kita amalkan riba. semua yg Allah perintah tu ada sebab kan? salah satunya riba ni memudharatkan orang miskin/lemah and memutuskan amalan bantu membantu. banyak lagi sebab. sekali lagi saya ulang, semua yg Allah perintah ada sebab.

so apa jadi lepas dia setelkan semua hutang? (taip sambil senyum) at that time, dia mampu beli 2 mercedes and 1 bmw tanpa hutang. sekarang dia dah jual semua tinggal satu jela sebab rasa menyusahkan ada byk kereta. gaji diorang laki bini yg bulan lepas punya tak sempat sentuh. ada je lebih. dulu gaji besar, kredit limit untuk credit card dia 6k. sekarang income dr business dia bergaji 2.5k tapi credit limit untuk card credit dia 60k. eh? tadi kata dia taknak riba riba ni? pandai cakap je ke? haaa dia bayar on time! pakai 10k dia byr 10k. pakai 20k dia bayar 20k. tak pernah kena interest pun sebab byr on time. mana dapat duit?

 waktu dia TEKAD nak langsaikan semua hutang, dia usaha, bukan acah acah mak enon punya tekad. business sikit sikit, tapi business pun gaji dua ribu setengah je pun. beza dengan waktu dia makan gaji, 3-4 ribu (tapi hutang keliling pinggang).

as conclusion (eceh bajet karangan sebab entry panjang), pegangan dia, elakkan riba.  and sampai harini, dia berusaha tolong orang beli kereta without loan. cash! sebab dia tau orang akan buat loan untuk beli kereta. okay, mati dah impian nak beli kereta sebab confirm kena buat loan. menyimpan, usaha cari income lain.


korang yg plan nak buat loan kawin tu pandai2 lah pikior. KAWIN. ni ikatan yg suci, nak bawak ke syurga. toksah la babitkan riba. tahan sat nafsu nak belanja besar tu. simpan 500/bulan, setaun dah 6000. plan awal2. menyimpan awal2 ye adik adik.

22 April 2014

ANOTHER POST FOR THE LOVELY REJECTED ORIGINAL PERFUME :P



bagi kaum lelaki, hugo dgn 212 sexy men ni mmg sesuai.bau pun best!




ehem ehem :P





bagi pencinta dkny :P






of course untuk lelaki lagiii :P





ni pulak untuk pencinta escada  :P


saya post campur2 untuk lelaki perempuan.so pilih2 untuk sendiri boleh tgk untuk pasangan sekali.
gitteww :P
nak tanya apa2 bole saje
wassap 019-255 4211/014-530 3438




HOK NI ADA LAGI YG LAIN  :P


jamu lagi mata dgn stok2 perfume yg lain.
coach ni ramai yg minat.kalau taknak bau sama dgn geng2 boleh order yg lain :p




tanya ramai org,ramai cakap island fantasy ni boleh tahan.. :P




apa kata hambik marry me ni buat hadiah untuk propose buah hati.ehem ehem :P

okay nanti saya upload lagi eh.banyakkkk lagi.
kalau interested, boleh wassap saya 019-255 4211/014-5303438



17 April 2014

LELONG LELONGGG!

stock perfume dah mai dah. boleh la nak cuci-cuci mata dulu okay?
sila silaaaa......

Tengok botol pun dah kelip2 mata, bau dia?? ahhh pengsan! wangi!







cantik kan kalau nak bagi gift untuk buah hati? baru tengok dah senyum sampai telinga. after sembur?? hmm.. ahahah








okay yg CK atas kanan tu untuk lelaki.



banyak lagi perfume yg saya akan upload. tunggu okay
berminat ke? trust me, takkan ada sebarang penipuan insyaAllah.


sebarang order atau pertanyaan boleh contact saya
019-2554211 / 014-5303438


here we go!

REJECTED ORIGINAL PERFUME
100% ORIGINAL

okay so pada siapa2 yg suka wangi2 ni,especially yg memang pakai original perfume boleh la dapatkannya dengan harga murah.

apa itu REJECTED ORIGINAL PERFUME??

macam yg saya mentioned earlier, 100% original. cuma produk ni dah di 'rejected' atas kecacatan yg AMAT SEDIKIT. kadang2 tak nampak langsung kecacatan nya. sebagai contoh, label pada botol tu senget sikit, atau pun botol ni calar2 sikit. kadang2 penutup botol tu yg calar. tapi masih dalam keadaan yg baik la. kadang2 kita dah beli elok2 pun esoknya dah tercalar kennn..wiwiwi


ni contoh label yg senget benget tu. tak nampak sgt kan?
okay next post saya akan upload perfume2 yg saya jual okay? mari membeli sambil mewangi. wangi2 ni orang suka. "berdamping dengan org yg wangi, bau yg wangi akan melekat pada kita".

hah, jgn nak melepet dgn org wangi je sebab kedekut nak beli pulak.hiks!

10 April 2014

chrissy costanza :p





hewhew.mesti ramai tak kenal chrissy ni kan?first time dengar nama dia pun dari adik.


okay serious comel.dia ni youtuber,boleh dikatakan setiap hari,saya akan dengar cover dia.kebanyakannya memang lagi sedap dari artis asal.

palingg sedap dia buat cover "catch my breath".
http://www.youtube.com/watch?v=cnGMG798SCI

and ni pun tgh top
http://www.youtube.com/watch?feature=player_detailpage&v=NEdyRGXyYpk


sukaaa sgt tgk muka comel dia,first time tgk cover dia,dlm hati "subhanallah cantiknya".rasanya tak lama lagi mmg famous la si chrissy and alex ni.dua2 boleh tahan dari segi suara and imej.mak mah bagi 4 sabun daia.kehkeh tak lawak.kbai!

okay jgn salahkan saya kalau lepas ni korang pun terr ikut suka tgk cover dia eh.

ayomdomain
simpanan 2015 :p





actually next year saya 'akan' akhiri zaman bujang.insyaAllah.so first thing yg terlintas masa plan tu mesti "duit cukup tak?"  and  "dah sedia ke ni?'. memandangkan saya BARU saje bekerja after finished my Bach last two months,so duit simpanan tu mmg confirm lah tak cukup ye dak?kira2 balik,simpan sebulan utk 19 months.memang kena plan awal2 sebab budget tak banyak.nak pilih itu ini kena fikir "berbaloi tak?berkenan tak?cukup duit tak?" kalau budget banyak takde hal,pilih je mana yg berkenan kannn.

fyi,saya bukan anak manja yg senang2 cakap nak kawin and mak bapak sponsor itu ini.kalau boleh semua benda nak pakai duit saya sendiri sebab pasangan pun pilihan sendiri kan?kenapa masa nak keluar duit nak harap duit diorang pulak kan?

setakat ni baru buat schedule simpanan,PENTING ye untuk pantau tiap2 bulan.saya pun mmg jenis penjimat.so mmg senang la sikit nak menyimpan tu.ramai cakap cukup ke?saya tak risau pun,sebab ingat janji Allah,Allah akan tolong kalau kita nak buat benda baik ni.ujian tu mmg ada,tapi kena kuat lah kan.

sedang memikir nak buat business ape.yelah,kalau kita tak improve diri kita mana lah nak dtg rezeki tu bergolek-golek tinggal nak kutip.so kena sedia lah,nanti dah start business takdelah terkedek-kedek nak siap fizikal & mental.

Rabbi Yassir wala Tu'assir

ayomdomain

hello friday  :P





okay nampaknya ni entry pertama after semua entry yg sebelum ni saya delete.eh.kenapa delete?biasa lah,mengarut sgt entry sebelum ni.and banyak sgt Private & Confidential punya info.so sgt2 bahaya kalau tak delete kan.so kita mulakan yg baru.welcome back!hopefully entry2 akan dtg ni dapat bagi inspirasi yg berguna okay?

ayomdomain


Cool Widgets